Tuesday, December 12, 2006

SETEGUH IMAN BILAL


Saidina Bilal (berkulit hitam) adalah di antara 7 orang yang pertama menzahirkan keIslaman secara terang-terangan meskipun diancam oleh kafir musyrik. Apabila mengetahui hambanya, (Bilal) telah memeluk Islam, tuannya telah menyeksa Bilal dengan memakaikan baju besi dan kemudian dijemur ditengah-tengah padang pasir yang sangat panas. Ketika ditanya tentang pegangan agamanya, Bilal tetap mengatakan 'Ahad! Ahad!' (Allah Yang Esa, Allah Yang esa).

Bilal kemudian diseret tanpa dikenakan pakaian sehingga seluruh tubuhnya melecur dan berdarah, tetapi Bilal tetap memperkatakan 'Ahad! Ahad!'. Imannya tidak bergoncang sedikitpun. Melihatkan tidak apa perubahan berlaku dalam diri Bilal, mereka kemudian mempertingkatkan seksaan dengan meletakkan batu besar di atas badannya yang terjemur di tengah kepanasan matahari. Namun tiada ucapan lain yang keluar dari mulut Bilal kecuali 'Ahad! Ahad!' Bilal rela mati daripada menukar pegangan agamanya yang haq kepada yang bathil.

Apabila Saidina Abu Bakar diberitahu tentang seksa yang dialami oleh Bilal, Abu Bakar terus berjumpa Umaiyah yang sedang menyeksa Bilal dan kemudian meminta Bilal dibebaskan. Sebagai ganti Abu Bakar menyerahkan seorang hamba hitam yang lebih kuat sebagai tebusan. Sebaik saja ditebus, Saidina Abu Bakar pun membebaskan Bilal dari perhambaan.


***Pengajaran***
*Iman yang kental dan pegangan aqidah yang kukuh tidak dapat digugat sekalipun diseksa dengan pelbagai seksaan
*Allah mempertingkatkan tahap atau darjah keimanan seseorang, dengan mengenakan ujian dan cubaan. Bertambah kuat iman seseorang, bertambah hebat ujian yang Allah kenakan ke atasnya
*Ujian dan bala yang dikenakan ke atas seseorang bukan bererti Allah membencinya,sebaliknya ia adalah satu rahmat untuk meninggikan darjatnya di sisi Allah.

1 comment:

fatimah_mastura said...

Salam alaik,
barakALLAHu fik!

“...Sesungguhnya ALLAH beserta orang2 yg sabar.”

( surah Al-Baqarah ayat 153 )

Na’am, bertapa teguhnya iman Bilal...

Bilal ibnu Rabah (radiALLAHuanhu) atau Bilal Al-Habsahi,
yg memeluk agama ALLAH tika berusia 29thn,
beliau lah sahabat seperjuangan RasulALLAH
wa kerna suara emas dari Habsah inilah,
beliau selain Ibnu Ummi Maktum yg buta penglihatannya
ada lah Muazzin kepunyaan RasulALLAH... masyaALLAH!

Ana ingin sertakan 1hadiths yg mana ianya hadiths
dari Abu Hurairah radiALLAHuanhu, katanya:
”Selepas solat Subuh,
RasulALLAH SallALLAHualaihiwasalam bersabda kpd Bilal:
”Wahai Bilal ceritakan pdku tentang amalan (besar pahalanya) kamu
yg kamu lakukan setelah berada dlm Islam,
kerna semalam aku mendengar suara hentakkan seliparmu di dlm Syurga.“
Bilal berkata:
”Aku tidak pernah melakukan suatu amalan (besar pahalanya) pun dlm Islam,
tetapi selagi ALLAH mentakdirkan aku mendirikan solat,
maka aku akan berwudhuq dgn sempurna samada malam ataupun siang hari.””
( sahih muslim no 4497 )

p/s: ALLAHumma solli 'ala saidina Muhammad
wa 'ala alihi wasoh bihi wa baarik wa sallim...


ALLAHu’alam bisawab.