Thursday, December 28, 2006

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W


Khutbah ini disampaikan pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.


Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah 'Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.


Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.


Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AI-Quran dan Sunnahku.


Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu...

1 comment:

fatimah_mastura said...

salam alaik,
barakALLAHu fik!

رَبَّنَاآتِنَا مِنلَّدُنكَ رَحْمَةًوَهَيِّئْلَنَا مِنْأَمْرِنَارَشَدًا
(surah Al-Kahfi ayat 10)

~ nilai Hajjatul Wada' (Haji perPisahan) dlm Islam...

tujuan Baginda keluar dari Madinah menuju kota Mekkah selain utk menunaikan ibadat haji, Baginda ingin menyampaikan pelajaran2 penting kpd kaum Muslimin ttg syariat Islam wa Manasik Haji, menunaikan kesaksian wa menyampaikan amanat.

disamping itu, Baginda juga bertujuan utk memberikan pesan2 terakhir wa utk menghilangkan segala mcm pengaruh jahiliah yg masih blum sempat dibersihkannya.
kerna itulah Khutbah wa pengarahan yg diucapkan oleh Baginda di hari Hajjatul Wada' dlm Islam dianggap sama dgn seribu khutbah wa seribu pengarahan di lain kesempatan.

pengarahan yg diberikan oleh Baginda di hari Hajjatul Wada' adalah merupakan suatu universitas ataupun masjid bergerak.

di tempat itu, setiap org yg blum mengerti dpt belajar, org yg lupa dpt ingat, org malas dpt berubah jadi bersemangat wa org yg lemah berubah menjadi kuat.

kesempatan Hajjatul Wada' merupakan yg paling indah sekali bagi kaum Muslimin.
kerna dlm kesempatan tersebut kaum Muslimin sempat utk mengenal Baginda dari dekat wa sempat pula utk menikmati rasa kasih sayang yg dilimpahkan oleh Baginda SalALLAHualaihiwasalam... ALLAHu Akbar!!!

~ ALLAHumma solli 'ala saidina Muhammad
wa 'ala alihi wasoh bihi wa baarik wa sallim...


ALLAHu a'lam bisawab.